Lebih 6,000 rakyat Malaysia tukar kewarganegaraan kepada Singapura | The Reporter

Lebih 6,000 rakyat Malaysia tukar kewarganegaraan kepada Singapura

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail bercakap di podium dengan latar belakang gambar kad pengenalan Malaysia.
Saifuddin dedah lebih 6,000 rakyat Malaysia lepaskan kewarganegaraan demi jadi warganegara Singapura.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Dalam Negeri mendedahkan seramai 6,060 rakyat Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka untuk memperoleh kewarganegaraan Singapura dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, angka itu adalah sebahagian daripada trend peningkatan berterusan sejak beberapa tahun lalu. Pada 2024, sebanyak 16,930 kes direkodkan, melonjak berbanding 11,500 kes pada 2023.

Baca juga:

Trend peningkatan ketara sejak sedekad lalu

Berdasarkan rekod, 2022 mencatatkan 5,623 kes, sedikit rendah berbanding 7,956 kes pada 2021. Angka tertinggi sedekad lepas ialah pada 2019 dengan 13,362 kes, sebelum merosot kepada 5,591 kes pada 2020 susulan pandemik Covid-19.

Bagi tahun-tahun sebelumnya, 2015 merekodkan 7,394 kes, 2016 (8,654), 2017 (7,583) dan 2018 (7,665).

Data tersebut dinyatakan Saifuddin menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada 8 Ogos lalu, sebagai respon kepada soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN–Kota Baru) mengenai jumlah rakyat Malaysia yang memohon kewarganegaraan Singapura dari 2015 hingga 2025.

Sumber: New Straits Times

Related Posts