Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Sri Gading menjadi tumpuan apabila polis menemui lima pasang stoking yang memaparkan kalimah Allah.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, stoking tersebut diimport dari China dan telah dipulangkan oleh premis KK Super Mart yang terletak di Bandar Sunway, Selangor.
Stoking berkenaan ditempah daripada sebuah syarikat di China dan kilang tempatan hanya bertanggungjawab dalam proses pembungkusan semula dan pengedaran untuk pasaran dalam negeri.
Polis turut memeriksa 16 bungkusan stoking yang diimport dari China. Namun tiada stoking tertera kalimah Allah ditemui setakat ini.
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung isu ini dan pemeriksaan ke atas semua stoking yang diimport dari China dijangka selesai hari ini.
Masyarakat dan NGO dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan sendiri dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Sumber: Harian Metro








