Murthada Dakwah Centre (MDC) memaklumkan sebanyak 44 ekor kucing di bawah jagaan mereka kini sedang mencari keluarga angkat baharu bagi memberi peluang kehidupan yang lebih selesa dan terjamin.
Menurut wakil rumah kucing MADAD, ketika ini rumah kucing kendalian mereka menempatkan lebih 100 ekor kucing. Bagaimanapun, atas faktor keutamaan keperluan lain serta kapasiti penjagaan, pihaknya mengambil inisiatif membuka peluang pengambilan (adoption) kepada orang ramai.
“Bukan sebab kami tak sayang atau tak mahu jaga. Cuma kami perlu utamakan keperluan lain dan mahu kucing-kucing ini mendapat kehidupan yang lebih baik bersama keluarga baharu,” katanya.
Menerusi hantaran video di Facebook, antara kucing yang dikongsi ialah seekor bernama Simba yang sebelum ini bersifat agresif, namun kini menunjukkan perubahan positif selepas ditempatkan di pusat berkenaan.

Baca juga:
- Bangunan bertingkat didiami Rohingya di Sungai Makau akan diroboh ikut undang-undang
- Aduan ugutan jenayah Albert Tei terhadap Azam Baki diklasifikasikan sebagai NFA
- MPKj sahkan binaan haram di Sungai Makau, keluarkan notis penguatkuasaan

Orang ramai yang berminat dipelawa hadir ke Rumah Kucing Madad bagi melihat sendiri kucing-kucing yang dibuka untuk pengambilan. Pihak MDC turut menggalakkan mereka yang berkemampuan supaya tampil membantu, termasuk datang bersama rakan-rakan untuk mengambil lebih daripada seekor kucing.
“Insha-Allah, kita nak bagi mereka kehidupan yang lebih selesa dan lebih terjamin,” ujarnya.
Orang ramai boleh terus hadir ke lokasi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pengambilan kucing tersebut.








