Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seramai 402 kanak-kanak yang terdiri daripada 201 kanak-kanak lelaki dan 201 perempuan yang berusia antara setahun hingga 17 tahun diselamatkan daripada 20 rumah amal yang dikendalikan oleh sebuah syarikat perniagaan yang bermotifkan agama di sekitar Selangor (18) dan dua di Negeri Sembilan.
Mangsa-mangsa berkenaan disyaki menjadi mangsa ekploitasi, pengabaian dan penganiayaan di premis yang dikendalikan oleh syarikat berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata berdasarkan maklumat serta siasatan yang dilaksanakan, polis mengesyaki bahawa ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.
Siasatan polis turut mendapati modus operandi yang dilakukan adalah mangsa diajar dan dididik dengan cara meliwat dan diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak lain.
“Mangsa kanak-kanak dan sentimen agama digunakan untuk menagih simpati bagi mendapatkan sumbangan.
“Menggunakan objek yang dipanaskan bagi mencederakan mangsa sebagai tanda menghukum atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu menyentuh tubuh mangsa dengan alasan melakukan rawatan secara perubatan Islam,” katanya.
Dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kimia Malaysia itu, seramai 171 individu yang terdiri daripada tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian ditahan.
Sementara itu, Razarudin turut memaklumkan berdasarkan siasatan awal polis mendapati setakat ini tiada ahli politik terbabit dalam kegiatan kumpulan itu.
Sumber: Berita Harian, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )








