'3 tahun lagi, masalah air di Kelantan selesai' - Exco mohon rakyat bersabar | The Reporter

‘3 tahun lagi, masalah air di Kelantan selesai’ – Exco mohon rakyat bersabar

Foto Hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tadi berita anak perantauan tak nak balik sebab masalah air masih berlarutan. Sekarang, kena tunggu lagi tiga tahun.

Baca artikel penuh:

Masalah air yang membelenggu rakyat di negeri Kelantan sudah lama diperkatakan. Ramai yang mengeluh apabila seringkali tidak mendapat bekalan air yang bersih terutama sekali apabila menjelang musim perayaan.

Namun begitu, Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin meminta supaya rakyat Kelantan bersabar dalam tempoh tiga tahun lagi. Katanya, masalah tersebut akan selesai sepenuhnya pada 2027 berikutan semua loji-loji yang dinaik taraf dan dibina akan siap sepenuhnya pada tahun tersebut.

“Jadi pada 2028 nanti, Kelantan akan mempunyai lebihan bekalan air,” katanya.

Ujarnya lagi, kerajaan negeri ketika ini dalam perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja menukar paip lama yang sudah reput dan tidak mampu bertahan lagi sejauh 5,000 kilometer (km) secara beransur-ansur. Daripada jumlah tersebut sebanyak 1,000 km perlu ditukar segera.

Bagaimanapun setakat hari ini katanya,kerajaan negeri hanya berupaya melakukan kerja-kerja menukar paip pada jarak 150 km sahaja dalam tempoh setahun.

Perbincangan dengan beberapa pihak

Dr Izani turut menyatakan melalui perancangan terbaharu kerajaan negeri akan berbincangan dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam meningkatkan keupayaan untuk menukar paip-paip air tersebut.

“Yang meluluskan SPAN, yang lantik kontraktor adalah PAAB. Kita menunggu perkara ini untuk selesaikan sedikit demi sedikit.

“Insya-ALLAH, kita akan cuba angkat kertas kerja kepada Perdana Menteri supaya mempercepatkan mengenai penukaran paip-paip ini. Jika kita mampu lantik ramai kontraktor kerja tukar paip dari 100 km dapat ditingkatkan kepada 250 km setahun,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts