3 lelaki ditahan, polis temui 30,000 biji pil kuda bernilai RM330,000 di ruang tamu rumah suspek - The Reporter

3 lelaki ditahan, polis temui 30,000 biji pil kuda bernilai RM330,000 di ruang tamu rumah suspek

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Serbuan polis di sebuah rumah di Kampung Binjal, Tumpat, Kelantan pada malam kelmarin berjaya merampas 30,000 biji pil kuda dipercayai bernilai RM330,000.

Penahanan tiga lelaki berusia 20 hingga 27 tahun dalam sebuah Perodua Myvi pada jam 10 malam itu membawa kepada penemui bahan terlarang berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, serbuan dan penahanan dilakukan oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan.

Difahamkan, polis menemui satu paket plastik yang mengandungi enam biji pil kuda pada suspek yang kemudian dibawa ke kediamannya.

Pemeriksaan lanjut berjaya menemui lima bungkusan kertas mengandungi 30,000 biji pil kuda di ruang tamu.

Keputusan ujian saringan air kencing turut mengesahkan dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari sehingga 11 September untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!