3 doktor antara 33 individu direman, isu kartel pemalsuan tuntutan PERKESO | The Reporter

3 doktor antara 33 individu direman, isu kartel pemalsuan tuntutan PERKESO

Sumber Gambar: NSTP/Mikail Ong

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dua doktor dari hospital kerajaan dan seorang doktor swasta antara 33 individu yang direman dalam siasatan terbabit dengan isu kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berjumlah RM2.1 juta sejak 2017.

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Menerusi laporan Berita Harian, sumber memaklumkan ketiga-tiga doktor berkenaan masing-masing bertugas di Hospital Bukit Mertajam, Hospital Seberang Jaya serta sebuah hospital swasta di Butterworth.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati kumpulan kartel ini telah aktif sejak 2017 dengan nilai tuntutan palsu berjumlah RM2.1 juta.

“Kebanyakan mereka membuat tuntutan palsu atas alasan kecederaan Ligamen Anterior Cruciate (ACL) dan mengalami masalah tulang rawan tergelincir (slip disc),” katanya.

Menurut sumber pemohon akan menerima 50 peratus daripada jumlah tuntutan manakala baki 50 peratus dibahagi antara doktor, ejen serta runner.

Kesemua suspek berusia 26 hingga 60 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Georgetown pada jam 9 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Related Posts