Seramai 22,351 daripada 236,986 calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2024 memperoleh keputusan cemerlang dengan mendapat A dalam kesemua sembilan mata pelajaran yang diuji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata keputusan keseluruhan menunjukkan peningkatan apabila Gred Purata Skor (GPS) mencatatkan 1.85 mata, berbanding 1.89 pada tahun sebelumnya.
Mata pelajaran yang diuji termasuk Al-Quran, Akidah, Sirah, Adab, Jawi dan Khat, Bahasa Arab, Ibadah, Penghayatan Cara Hidup Islam serta Amali Solat. GPS bagi setiap mata pelajaran berada antara 1.24 hingga 2.41 mata.
“Seramai 19,007 calon memperoleh 8A, diikuti 7A (17,287 calon), 6A (16,990 calon), 5A (17,516 calon), 4A (20,372 calon), 3A (37,056 calon), 2A (35,495 calon) dan 1A (23,970 calon).
- BERSATU pandang serius kenyataan Presiden PAS
- ‘PAS akan menilai semula kerjasama dengan BERSATU’ – Hadi Awang
- ‘Siapa kata pejuang sumud tiada taring?’ – Syed Saddiq
- Presiden PTM nafi dakwaan tular isu salah guna kuasa, minta wang
- Kapal SS Free Gaza dan SS Liberty cipta sejarah tembusi sekatan Israel ke Gaza pada 2008
“Terdapat 27,830 calon yang tidak memperoleh sebarang gred A, manakala empat calon mendapat semua D,” katanya memetik laporan Harian Metro, Khamis.
Beliau menegaskan bahawa UPKK bukan hanya menilai prestasi akademik, tetapi juga pemahaman dan amalan dalam program KAFA sepanjang lima tahun.
“Pembelajaran KAFA bukan sekadar peperiksaan, tetapi lebih kepada membentuk murid dengan nilai Islami yang tinggi serta keseimbangan intelektual dan sahsiah,” katanya.
Calon boleh menyemak keputusan secara dalam talian di laman http://semakan.islam.gov.my menggunakan nombor MyKid dan angka giliran.








