2 remaja yang menjadi punca rakannya terbakar sehingga rentung dalam tandas, diperintah cuci tandas selama 6 bulan - The Reporter

2 remaja yang menjadi punca rakannya terbakar sehingga rentung dalam tandas, diperintah cuci tandas selama 6 bulan

Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada Rabu, 25 Oktober 2023, telah memerintah dua remaja lelaki berusia 16 tahun menjalani khidmat masyarakat iaitu mencuci tandas selama enam bulan.

Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh berusia 16 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, pada 28 Ogos 2022, mangsa, Muhammad Damin Mikhail Kansol, 16, dilaporkan maut akibat terperangkap dalam tandas awam gelanggang futsal yang terbakar, selepas dua rakannya bermain api.

Mangsa yang ketika itu berusia 16 tahun, ditemui rentung dalam tandas tersebut dalam kejadian di Bandar Puncak Alam Fasa 3.

Dua rakan mangsa kemudian didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Majistret Siti Hajar kemudian memerintah kedua-dua tertuduh mencuci tandas selama enam bulan.

Mahkkamah turut memerintahkan bon berkelakuan baik sebanyak RM1,000 setiap seorang selama dua tahun. Malah perlu melapor diri di balai polis sebulan sekali dalam tempoh yang sama.

Mereka turut dilarang keluar dari rumah masing-masing bermula jam 8 malam sehingga jam 6 pagi tanpa ditemani oleh ibu bapa serta perlu menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sumber: Buletin TV3

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!