Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Dua remaja perempuan warga Pakistan, Seher Ismail, 16, dan Meher, 15, dilaporkan hilang sejak 24 Mei lalu.
Perkara itu hanya disedari oleh ibu mereka, Aakash Sultan Parvez, 43, selepas pulang dari Pakistan bagi menguruskan perniagaannya.
“Dua anak saya itu tinggal bersama kami di Johor, Mac lalu dan sebelum ini bersama keluarga kami di Pakistan.
“Bagaimanapun sebelum kejadian, saya menegur mereka kerana menghisap vape dan mungkin ia menjadi penyebab mereka keluar rumah,” katanya.
Aakash dimaklumkan oleh anak lelakinya, Ali, 12, dua kakaknya itu keluar dengan membawa wang tunai USD400 bersama barang kemas, laptop dan telefon bimbit.
Wanita berkenaan bimbang jika dua anaknya itu terpengaruh dengan individu lain dan kemudian melarikan diri. Cubaan Aakash untuk menghubungi mereka juga gagal, berikutan telefon bimbit telah dimatikan.
Bagaimanapun semalam, dua beradik itu dilaporkan telah kembali ke pangkuan ibunya dalam keadaan selamat dan sihat.
Seher dan Meher yang dilaporkan hilang sejak 24 Mei lalu berjaya ditemui di Melaka dan telah dibawa pulang ke Johor.
Dua beradik itu mengakui mereka menghilangkan diri kerana merajuk ditegur oleh ibunya kerana menggunakan vape.
Pernah timbul di hati untuk balik ke rumah. Tetapi disebabkan takut dimarahi keluarga membuatkan niat itu terpadam.
Aakash memanjatkan rasa bersyukur kedua-dua anak gadisnya selamat dan telah kembali.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dua remaja itu berjaya ditemui di sebuah pusat beli-belah di Melaka.
Sumber: Harian Metro