Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu insiden yang mengejutkan telah berlaku di Klang Sentral semalam, apabila dua lelaki warga asing cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun tujuh bulan.
Ketua Polis Daerah Klang Utara berkata, insiden itu berlaku pada jam 7.30 petang semasa ibu mangsa sedang menaiki eskalator bersama adik perempuannya, sambil memimpin tangan anaknya.
Dua lelaki asing yang tidak dikenali datang dari arah belakang dan salah seorang cuba mengangkat mangsa. Terkejut dengan insiden itu, ibu mangsa terus menjerit dan menarik semula anaknya.
Mereka cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap oleh orang awam yang kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tiga hari oleh Mahkamah Klang untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap kawasan sekeliling bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.
Sumber: X Redzuan MPB








