Seorang wanita hamil dan dua lelaki dilaporkan maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas berhampiran IOI Putrajaya.
Seorang lagi mangsa juga merupakan wanita hamil mengalami cedera parah dan telah dikejarkan ke Hopsital Putrajaya.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, kejadian tersebut dimaklumkan pada 12.10 tengah malam.
“Terdapat empat mangsa warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 40-an iaitu dua lelaki dan dua wanita hamil dalam kereta jenis Perodua Viva terbabit.
“Kereta dinaiki mangsa dipercayai terbabas sendiri,” katanya pada Khamis.
Mangsa yang terkorban dikenali sebagai Nurulhuda Ramli, 41, Muhammad Danial Mohd Nuzi, 24, dan Amizan Sapiie, 27.
Wanita yang cedera dikenali sebagai Nizasuhana Ujang, 28.
Sumber: Sinar Harian, NST








