Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kemasukan warga asing ke Malaysia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Warganegara Bangladesh dikatakan antara warga asing yang semakin meningkat jumlah kemasukan ke negara ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara menyatakan kemasukan warga Bangladesh itu kerana sikap masyarakat Melayu itu sendiri yang tidak tahu membuat kerja.
“Bukan malas, tak nak buat kerja,” katanya.
Jika situasi ini berterusan, bangsa Melayu dikatakan akan lenyap dalam masa 10 tahun mendatang.
Memetik satu laporan, Tun juga menyatakan Melayu akan ditawan dan hilang tanpa perang.
“Ketika ini tiada siapa yang mengambil berat terhadap nasib bangsa Melayu,” katanya.
Susulan itu juga, Tun Mahathir mengharapkan orang Melayu mengukuhkan kembali perpaduan bagi mengekalkan bangsa itu di negara ini.
Sumber: Malaysia Gazette