2 ekor lembu korban dari surau terlepas masuk LDP | The Reporter

2 ekor lembu korban dari surau terlepas masuk LDP

Sumber Gambar: Media Sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Saban tahun, ada sahaja momen mencuit hati yang dirakam semasa ibadah korban dijalankan. Ada kisah sedih pemilik lembu yang sedih untuk melepaskan lembu kesayangannya. Tidak kurang juga beberapa ekor lembu yang ‘melarikan’ diri dari dikorbankan.

Satu video tular merakamkan detik dua ekor lembu yang berkeliaran di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dipercayai terlepas dari kawasan surau berhampiran.

Ekoran itu juga, berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dan dua ekor lembu berkenaan.

Dalam rakaman tersebut juga, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pemilik haiwan berkenaan cuba mengejar dua ekor lembu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya mengesan satu video tular di aplikasi media sosial Facebook.

“Kejadian ini dipercayai berlaku ekoran dua ekor lembu tersebut telah terlepas dari kawasan surau berhampiran dan masuk ke LDP berhampiran Paradigm Mall menghala ke Puchong.

“Hasil siasatan awal mendapati insiden ini telah menyebabkan satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi.

“Bagaimanapun, kemalangan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada pemandu kenderaan,” katanya.

Perakam insiden diminta tampil bantu siasatan

Sehubungan dengan itu juga, Shahrulnizam berkata pihaknya memohon perakam insiden berkenaan untuk tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

Menurutnya, individu perakam kejadian terbabit turut diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704.

Beliau berkata, siasatan berhubung kes itu masih diteruskan di bawah Undang-Undang 33(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan pihak polis mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts