Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jabatan Imigresen Johor sedang menyiasat insiden di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di mana kaunter imigresen dilaporkan dibuka, tetapi tiada pegawai yang bertugas.
Insiden ini telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna perkhidmatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).
Ekoran kejadian itu, pihak berkuasa turun ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan mengejut selepas menerima aduan daripada orang ramai yang kecewa kerana terpaksa menunggu lama dan menrencatkan urusan mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, sebanyak 17 kaunter pelepasan imigresen dengan lampu hijau menyala. Tetapi, lorong ke kaunter-kaunter tersebut telah ditutup.
Sementara itu, Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca insiden ini. Siasatan tersebut akan menentukan sama ada pegawai imigresen yang bertugas telah mengabaikan tanggungjawab mereka atau sengaja meninggalkan kaunter tanpa kebenaran.
Datuk Mohd Rusdi menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah dalam kes ini.
Sumber: Berita Harian








