Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
10 individu diperintah dipenjarakan oleh Mahkamah Syariah Terengganu gara-gara culas membuat pembayaran nafkah.
Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, tindakan berkenaan diambil mengikut Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah Negeri Terengganu.
Katanya, menerusi enakmen berkenaan 10 individu dipenjarakan kerana gagal membayar tuntutan nafkah anak dalam tempoh 13 tahun.
Bagi penjawat awam katanya, sistem potongan gaji dibuat mengikut peruntukan yang ditetapkan.
Dalam pada itu beliau menjelaskan, jumlah pembayaran nafkah ditentukan oleh mahkamah dengan mengambil kira keperluan anak serta kemampuan bapa dan bentuk perlaksanaan perintah yang ada pada mahkamah syariah salah satunya iaitu dipenjarakan sehingga sebulan namun tertakluk pada pertimbangan hakim.
“Ada juga perintah mahkamah di buat apabila mendapat persetujuan bersama kedua-dua pihak yang bersetuju untuk membuat dan menerima bayaran walaupun begitu tetap culas.
“Sebenarnya yang nak di hantar ke penjara ramai, namun apabila mengetahui akan ke penjara, tiba-tiba dia (bapa) boleh pula bayar.
“Bagi 10 individu yang pernah dipenjarakan itu, betul-betul mengambil keputusan tidak mahu bayar nafkah tuntutan anak, ” katanya.