Zuss Coffee hantar bantuan kemanusiaan & keperluan asas ke Palestin | The Reporter

Zuss Coffee hantar bantuan kemanusiaan & keperluan asas ke Palestin

Sumber Gambar: Zuss Coffee

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Atas dasar keprihatinan terhadap nasib yang melanda rakyat di Palestin, rangkaian kopi popular, Zuss Coffee dalam satu kenyataan menyatakan pihak mereka telah menyampaikan bantuan kemanusiaan serta keperluan asas di Palestin.

Bantuan tersebut dinyatakan telah mendapat kerjasama dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

https://twitter.com/ZUSCoffee/status/1805943445053415516

“Bantuan kemanusiaan dan keperluan asas telah tiba di Palestin.

“Kami amat berterima kasih kepada pihak MAPIM kerana menjayakan misi ini, dan juga kepada anda, Malaysia. We did this together.

“Sokongan anda membolehkan kami membantu mereka yang paling memerlukannya,” tulis kenyataan tersebut.

Usaha yang dibuat oleh Zuss Coffee menerima sambutan yang baik daripada netizen dan mereka menyatakan sokongan kembali kepada perniagaan anak tempatan itu.

Terdahulu, Zuss Coffee diktirik gara-gara mengadakan kerjasama dengan jenama pakaian sukan terkenal antarabangsa yang tersenarai dalam kempen boikot. Bagaimanapun, Zuss Coffee telah menarik balik Kerjasama tersebut.

Sumber: Zuss Coffee

Related Posts