Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Atas dasar keprihatinan dengan situasi yang berlaku di Gaza, syarikat produk minuman lokal, Zus Coffee sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mengumumkan sumbangan terkini kepada rakyat di sana.
Dengan Kerjasama daripada pihak MyCARE dan Yayasan Aman Innaayatu Khair, syarikat berkenaan menaja 10 tangka air bagi Hospital Shuhada al-Aqsa di Deir al-Balah, Gaza.
“ZUS Coffee sekali lagi bekerjasama dengan MyCARE dan Yayasan Aman Innaayatu Khair untuk menaja 10 tangki air bagi Hospital Shuhada al-Aqsa di Deir al-Balah, Gaza, dengan kapasiti 2000-3000 liter setiap satu,” tulisnya.
Dalam hantaran di jaringan X itu juga, Zus Coffee turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan kepada syarikat berkenaan.
“Terima kasih Malaysia, sokongan anda yang merealisasikan perkara ini,” katanya.
Terdahulu, Zus Coffee telah mengadakan kerjasama dengan pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam misi bantuan kemanusiaan dan keperluan asas ke Gaza.
Usaha yang telah dibuat oleh syarikat berkenaan telah meraih pujian ramai dan menyatakan sokongan mereka terhadap produk tempatan itu.
Sumber: ZUS coffee