Zayn Rayyan masih belum ditemui, ibu rayu orang ramai bantu cari anaknya yang hilang sejak tengah hari Selasa - The Reporter

Zayn Rayyan masih belum ditemui, ibu rayu orang ramai bantu cari anaknya yang hilang sejak tengah hari Selasa

Zayn Rayyan | Sumber gambar: Sarina Yusoff

Tular di media sosial, seorang kanak-kanak lelaki autisme dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa, selepas pulang dari sekolahnya di SK Damansara Damai 2 (SKDD2).

Sarina Yusoff, menerusi hantaran di Facebook berkata, anak lelakinya berusia enam tahun itu yang masih berpakaian seragam sekolah, hilang selepas dijemput pulang dari sekolah.

“Minta tolong, jika ada ternampak anak saya, Zayn Rayyan, seperti dalam gambar. Anak saya hilang dari jam 12 tengah hari tadi (Selasa).

“Anak saya OKU, autism. Dia tak boleh bercakap. Jika ternampak, sila pegang dia dulu dan terus call saya di talian 011-33119578,” katanya.

Sarina turut berkongsi butiran mengenai Zayn yang dikatakan masih memakai pakaian seragama sekolah seperti dalam gambar semasa hilang di lokasi terakhirnya, Apartment Idaman, Damansara Damai.

“Tinggi 120 sentimeter, pakai baju sekolah berkolar putih, seluar hitam dan berkasut sekolah, lencana sekolah SKDD2,” ujarnya.

Menurut info yang diterima, Zayn dikatakan hilang ketika bersama dengan ibunya, berdekatan dengan rumah selepas pulang dari sekolah.

Malam tadi, sekumpulan orang awam bersama dengan bantuan polis dan bomba juga cuba mencari kanak-kanak itu di sekitar kawasan kebun di belakang blok kediaman berkenaan.

Bagaimanapun sehingga kini, Zayn masih belum ditemui.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!