Zarina Anjoulie alami jangkitan teruk, hidung bernanah selepas pembedahan di Vietnam - The Reporter

Zarina Anjoulie alami jangkitan teruk, hidung bernanah selepas pembedahan di Vietnam

Zarina Anjoulie alami jangkitan hidung serius selepas pembedahan di Vietnam, hidung bernanah akibat penggunaan silikon terpakai.
Zarina Anjoulie alami jangkitan teruk lepas buat hidung di Vietnam, siap pakai silikon terpakai.

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelakon Zarina Anjoulie mendedahkan dirinya mengalami jangkitan teruk pada hidung selepas menjalani prosedur di sebuah klinik di Vietnam pada tahun lalu.

Dalam hantaran di Instagram, Zarina meluahkan rasa menyesal dan tidak mahu lagi melakukan pembedahan hidung selepas mengalami kesakitan yang berpanjangan.

Artikel berkaitan:

Menurutnya, jangkitan itu bermula sejak dia pulang dari Vietnam, di mana hidungnya mula merah dan bernanah.

“Ia adalah jangkitan senyap, nampak normal di luar tetapi di dalam, bakteria sedang makan hidung saya,” katanya.

Keadaan menjadi lebih serius apabila dia mengalami demam, sakit badan, batuk berkahak dan sinus teruk, yang menurutnya bakteria telah menular ke seluruh badan.

Lebih mengejutkan, Zarina mendakwa silikon yang digunakan dalam prosedur itu bukan baharu tetapi telah dipakai oleh orang lain sebelum ini.

“Bila saya buka, rupanya silikon itu dicuci dan dipakaikan pada saya,” dedahnya. Klinik di Vietnam yang melakukan prosedur tersebut juga dikatakan sangat tidak bersih.

Disebabkan keadaan semakin parah, dia terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah klinik kecantikan milik kenalannya dan silikon tersebut telah pun berjaya dikeluarkan.

Selepas rawatan itu, Zarina bersyukur kerana kemerahan pada hidungnya hilang dan bentuk asal hidungnya kembali.

“Tak apalah tak ada rezeki. Lagipun sangat menjengkel nak jaga, tak tahan,” tambahnya.

Sebelum ini, Zarina pernah berkongsi mengenai pembedahan hidungnya yang menerima pelbagai kritikan daripada netizen. Dia juga pernah menyatakan hasrat untuk membuang implan hidungnya kerana tidak lagi selesa dengan perubahan yang dibuat.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!