Zara Qairina mungkin melompat atau bergayut dari tembok asrama - Pakar patologi | The Reporter

Zara Qairina mungkin melompat atau bergayut dari tembok asrama – Pakar patologi

Gambar pakar patologi tampil di mahkamah dengan wajah ditutup pelitup muka, bersama inset wajah Allahyarhamah Zara Qairina dalam imej hitam putih.
Pakar patologi jelaskan kemungkinan Zara Qairina melompat atau bergayut dari tembok asrama.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Suasana inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir hari ini tertumpu kepada demonstrasi yang dijalankan di lokasi kejadian. Dr Jessie Hiu, Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), bersama pegawai perubatan dan anggota polis, memperlihatkan bagaimana arwah boleh jatuh dari tingkat tiga asrama berkenaan.

Melalui simulasi itu, dijelaskan tubuh arwah berkemungkinan besar jatuh dalam keadaan kaki terlebih dahulu mencecah tanah sebelum badannya rebah terbaring dengan wajah menghadap ke atas. Hasil gambaran ini menjadi asas penting dalam prosiding untuk memahami punca sebenar tragedi pada 16 Julai lalu.

Mustahil ditolak, tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja

Selepas meneliti lokasi, Dr Jessie menolak sepenuhnya andaian bahawa arwah ditolak atau terjatuh secara tidak sengaja. Ketinggian palang besi di tembok koridor asrama menurutnya terlalu tinggi untuk memungkinkan kedua-dua senario tersebut.

Baca juga:

“Jika ditolak sekalipun, palang besi itu sendiri akan menjadi penghalang,” jelasnya ketika disoal Pegawai Pengendali inkues, Datuk Badiuszaman Ahmad.

Sebaliknya, arwah berkemungkinan sama ada berdiri di atas tembok konkrit lalu melompat atau bergayut pada jeriji besi tergantung sebelum menghayunkan diri ke bawah.

Berdasarkan keseluruhan pemeriksaan, Dr Jessie menjelaskan tiada tanda serangan ke atas arwah. Beliau menegaskan punca kematian adalah akibat jatuh dari tempat tinggi, seiring dengan keadaan tubuh dan kedudukan Zara Qairina ketika ditemui tidak sedarkan diri.

Sumber: Berita Harian

Related Posts