Zahid, Muhyidin setuju hentikan saman fitnah - The Reporter

Zahid, Muhyidin setuju hentikan saman fitnah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bersetuju menghentikan pertikaian peribadi dalam kes saman membabitkan keduanya yang difailkan dua tahun lalu.

Menerusi kenyataan di media sosial, kedua-dua pemimpin membuat keputusan tersebut setelah mendapat saranan daripada Hakim Mahkamah Tinggi.

“Setelah mempertimbangkan kesan Saman Fitnah ini kepada umum dan setelah mengambil kira saranan daripada Hakim Mahkamah Tinggi serta keadaan semasa negara yang perlu diutamakan terutamanya soal kelangsungan kehidupan rakyat.

“YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan YB Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin bersetuju dan mengambil keputusan menghentikan pertikaian peribadi mereka dan prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Guaman No. WA-23CY-21-04/2022,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam hantaran berkenaan juga, mereka berharap agar keputusan tersebut dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak dan tidak dijadikan bahan yang boleh menganggu-gugat kesejahteraan dan kestabilan awam serta keyakinan rakyat kepada Institusi Kehakiman Negara.

“Ahmad Zahid dan Muhyiddin merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai Mahkamah yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 10 hari bermula 16 Oktober ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Total
0
Shares
Total
0
Share