Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bertitah bahawa Baginda akan menentukan calon baharu bagi menerajui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Royal Press Office hari ini, Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa tiada keperluan untuk mana-mana pihak mempolitikkan perkara berkenaan.
Baca juga:
- Aliff Daniel, ibu ditahan JAIS, 14 individu lain bakal dipanggil bantu siasatan
- Syed Saddiq gesa tindakan tegas terhadap negara jiran susulan isu jerebu
- Polis cari saksi kemalangan maut di Lebuhraya Cheras-Kajang
Baginda bertitah, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah amat penting dalam memastikan suruhanjaya itu terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah Baginda.








