Wartawan senior, Nas Ahmad terima sumbangan dari Perdana Menteri | The Reporter

Wartawan senior, Nas Ahmad terima sumbangan dari Perdana Menteri

Nas Ahmad
Sumber Gambar: FB Ahmad Farhan Fauzi

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada wartawan senior, Nas Ahmad sebagai tanda keprihatinan dan sokongan buatnya.

Nas Ahmad atau nama sebenarnya Md Nasir Ahmad mengalami serangan jantung beberapa tahun lalu, selain menghidap masalah penglihatan akibat katarak, membuatkan beliau tidak lagi mampu bekerja.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ahmad Farhan memaklumkan, Nas Ahmad kini hanya mampu bergantung kepada sokongan ahli keluarga serta bantuan yang ada.

“Serangan jantung yang dialaminya beberapa tahun lalu, diikuti dengan masalah penglihatan akibat katarak, membuatkan beliau tidak lagi mampu bekerja. Pendapatan yang dahulunya menjadi sumber rezeki kini terputus, dan beliau hanya mampu bergantung kepada sokongan ahli keluarga serta bantuan yang ada.

“Dalam pertemuan ini, saya mendengar sendiri rintihan dan cabaran yang beliau hadapi yakni kos rawatan yang semakin tinggi, keperluan keluarga yang perlu dipikul, dan keterbatasan akibat keadaan kesihatannya.

“Di kesempatan ini, saya menyampaikan sumbangan daripada YAB Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tanda keprihatinan dan sokongan bagi menghadapi ujian ini.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban yang ditanggung, dan semoga Allah SWT mengurniakan aafiyah serta ketenangan buat beliau dan keluarganya,” katanya.

Related Posts