Wanita warga emas maut selepas makan baki nasi goreng telur yang dimasak semalam - The Reporter

Wanita warga emas maut selepas makan baki nasi goreng telur yang dimasak semalam

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Sepasang suami isteri berusia 80-an di China mengalami keracunan makanan selepas memakan baki nasi goreng telur yang dimasak semalam. Sebelum itu, mereka menyangka makanan tersebut tidak berbahaya, namun makanan itu menyebabkan mereka mengalami cirit-birit dan muntah teruk.

Pasangan tersebut kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Lelaki berkenaan berjaya dipulihkan dan masih dalam rawatan insentif. Tetapi isterinya dilaporkan meninggal dunia.

Agensi berita China, Xiandai Kuaibao, melaporkan kejadian itu berlaku pada 5 Ogos lalu di kediaman pasangan terbabit di Haimen, Nanton, wilayah Jiangsu.

Muntah & cirit-birit teruk

Pasangan suami isteri, Li dan isterinya Yang, masing-masing berusia 80-an dan masih sihat serta kuat untuk menjalani aktiviti seharian. Malangnya selepas menjamah makanan itu, mereka mula mengalami simptom keracunan makanan.

Menurut agensi berita tersebut, Li dan Yang mengalami muntah dan cirit-birit lebih daripada 10 kali. Keadaan mereka amat membimbangkan membuatkan keluarga menghantar mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Di hospital tempatan, keadaan mereka semakin buruk. Tekanan darah kedua-duanya turun dengan cepat. Tahap asid laktik mereka juga tinggi secara abnormal, menunjukkan kes asidosis.

Isteri meninggal dunia, organ dalaman gagal berfungsi

Gejala yang dialami oleh Yang lebih kritikal. Pihak hospital kemudian memindahkan pasangan itu ke hospital yang lebih besar dan lengkap untuk mendapatkan rawatan. Malangnya, Yang tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Doktor terus menyoal siasat keluarga mangsa tentang apa yang mereka makan sebelum dimaklumkan mereka memakan nasi goreng telur yang dimasuk semalam.

“Kes gastroenteritis biasa tidak akan berlaku seteruk ini. Penanda keradangan pesakit sangat tinggi yang menunjukkan sepsis dan kegagalan pelbagai organ dari jangkitan bakteria,” kata doktor itu.

Sementara itu Li dirawat di unit rawatan insentif yang terhad. Sehari kemudian, Li dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar dari wad selepas 10 hari kemudian. Fungsi badan lelaki tua itu kebanyakannya kembali normal.

Meskipun begitu, Li berasa sedih dengan apa yang berlaku.

“Jika kami tahu betapa berbahayanya mangkuk nasi goreng telur semalam, saya dan isteri saya tidak akan memakannya,” katanya.

Sumber : Must Share News

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!