Wanita terpaksa jalani ujian DNA selepas ramai curiga anaknya berkulit cerah - The Reporter

Wanita terpaksa jalani ujian DNA selepas ramai curiga anaknya berkulit cerah

ibu anak berkulit cerah terpaksa jalani ujian DNA

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang ibu bernama Alex yang memiliki anak perempuan berkulit cerah, Pudge Pudge, terpaksa menjalani ujian DNA selepas ramai mempersoalkan sama ada anak itu benar-benar miliknya.

Alex, ibu tiga anak berkulit lebih gelap, melahirkan Pudge Pudge melalui IVF bersama suaminya, Rob, yang berkulit cerah. Mereka terkejut melihat Pudge Pudge yang berkulit jauh lebih cerah berbanding dua anak mereka yang lain.

“Saya sangat terkejut, kulit di telinganya pun tak gelap. Ia betul-betul cerah!” kata Rob.

Perbezaan warna kulit ini menyebabkan Alex sering menerima kritikan daripada netizen dan orang sekeliling.

Dalam satu kejadian, Alex sedang membeli-belah bersama Pudge Pudge di pusat beli-belah apabila seorang pekerja menahannya dan menyatakan keadaan itu ‘kelihatan mencurigakan’, malah mengancam untuk memanggil pihak keselamatan. Rob terpaksa campur tangan dan meminta pekerja tersebut beredar.

Alex juga mendedahkan, dia pernah menerima kritikan daripada individu tertentu yang mempertikaikan hubungannya dengan Rob yang berbeza latar belakang. Malah, ada yang menuduhnya ‘menyewa’ Pudge Pudge sebagai ‘bayi konten’ untuk media sosial.

Akhirnya, Alex membuat keputusan untuk melakukan ujian DNA bagi membuktikan Pudge Pudge adalah anak kandungnya.

“Kami buat ujian DNA sebab dia terlalu cerah, dan kami gunakan IVF. Kadangkala, kesilapan boleh berlaku,” katanya.

Walaupun begitu, ramai yang memberikan sokongan kepada Alex dan keluarganya. Seorang individu menulis, “Sebagai ibu dengan anak berkulit cerah, saya faham situasi ini. Teruskan semangat, keluarga anda cantik.”

Individu lain pula berkata, “Saya faham jika orang keliru, tapi janganlah biadab sangat!”. Malah, ramai juga memuji wajah Pudge Pudge yang mirip bapanya.

Sumber: Daily Mail

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!