Mahkamah Sesyen Balik Pulau menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000 ke atas wanita yang menyimbah air panas pada lelaki sindrom down ketika berada dalam lif.
Oo Saw Kee, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap A Solairaj, 33, dengan menggunakan air panas.
Mengikut kertas pertuduhan, kejadian itu berlaku pada 19 April lalu di dalam sebuah lif pangsapuri I-Park kira-kira jam 9.24 pagi.
Tertuduh diwakili peguam Edric Loo, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Mohd Nordin Ismail
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, rakaman CCTV tular menujukkan seorang wanita menyimbah air panas terhadap seorang lelaki di dalam sebuah lif. Ekoran itu, mangsa mengalami kecederaan melecur sehingga enam peratus daripada permukaan kulitnya.
Siasatan polis juga mendapati punca kejadian adalah disebabkan oleh perselisihan faham yang tercetus sekitar tiga atau empat tahun lalu.
Sumber: Sinar Harian








