Wanita Sepanyol dakwa diperkosa 7 lelaki di hadapan suaminya di India - The Reporter

Wanita Sepanyol dakwa diperkosa 7 lelaki di hadapan suaminya di India

Seorang wanita Sepanyol mendakwa dia telah diperkosa secara berkumpulan dan suaminya dibelasah oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali, dalam kejadian pada malam Jumaat lalu di Dumka, Jharkhand.

Difahamkan, pasangan berkenaan terdahulu sedang menunggang motosikal merentasi negara itu sebelum dihalang oleh 8-10 lelaki tidak dikenali, daripada meneruskan perjalanan.

Kumpulan itu kemudian mengheret pasangan itu ke tempat terpencl untuk melakukan jenayah tersebut.

Jurucakap Polis Dumka, Pitamber Singh Kherwar berkata, pihaknya telah menahan empat suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Kira-kira pukul 10:30 malam hingga 11 malam, mangsa menghentikan sebuah van polis yang sedang meronda di kawasan itu, untuk meminta bantuan. Dia juga mempunyai beberapa kecederaan lebam.

“Polis kemudian membawanya ke hospital di mana dia memberitahu doktor bahawa dia telah diperkosa. Kami sedang menyiasat kes ini.”

Mangsa turut berkongsi mengenai kejadian itu di akaun Instagramnya.

“Sesuatu yang tidak diingini telah berlaku kepada kami. Tujuh lelaki telah memperkosa saya. Mereka telah memukul dan merompak kami walaupun tak banyak barang. Saya sekarang berada di hospital dengan polis,” katanya.

Sumber: The Times of India

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!