Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita di Taiwan yang berjaya menyelamat tiga mangsa kemalangan, tetapi gagal menyelamatan teman lelakinya, akan mengadakan ‘perkahwinan hantu’ untuk membantu menjaga bakal ibu mertuanya yang sedang bersedih.
15 Julai lalu, dua maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan di lebuhraya yang membabitkan empat buah kenderaan.
Dua beradik bernama Hong, terperangkap di dalam kenderaan. Selepas berjaya dikeluarkan, mereka dikejarkan ke hospital. Namun kedua-duanya meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Teman wanita kepada salah seorang mangsa, Yu, turut berada dalam kenderaan tersebut.
Mengimbas kembali kejadian itu, Yu sedih melihat teman lelaki dan kakaknya, serta seorang lagi rakan terperangkap dalam kenderaan.
Walaupun dia mengalami kecederaan di kaki, Yu cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka tetapi gagal. Yu hanya mampu menarik rakannya dari tempat dduk belakang dan kemudian menyelamatkan dua penumpang dari kereta lain yang terlibat dalam kemalangan itu.
Walaupun Yu berjaya menyelamatkan tiga mangsa lain, masih terbit rasa penyesalan di hati kerana dia tidak dapat menyelamatkan teman lelaki dan kakaknya.
Bagi menghormati mendiang teman lelakinya, Yu merancang untuk mengadakan perkahwinan hantu dan sekali gus menjaga ibunya yang sudah tua.
Perkahwinan hantu untuk si mati adalah adat yang diamalkan 3,000 tahun dulu di China. Segelintir warga emas berpendapat, sekiranya manusia mati tanpa menunaikan hajat seperti berkahwin, mereka tidak akan mendapat ketenangan dunia akhirat.
Kisah Yu telah membuatkan ramai yang tersentuh di media sosial.
“Rasa tanggungjawab dan kasih sayangnya terhadap teman lelaki dan keluarga sangat mengharukan,” kata netizen.
Sumber: South China Morning Post








