Wanita pecahkan cermin, tak puas hati ejen nak tarik kereta - The Reporter

Wanita pecahkan cermin, tak puas hati ejen nak tarik kereta

Ejen tarik kereta

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ejen penarik kereta di Malaysia tertakluk kepada peraturan ketat yang melindungi hak pemilik kenderaan, termasuk larangan menyita kenderaan tanpa perintah mahkamah jika pembayaran pinjaman melebihi 75%.

Ejen juga tidak dibenarkan menarik kenderaan dari kawasan rumah dan kawasan awam di luar waktu 9.00 pagi hingga 9.00 malam, serta mesti memiliki kad autoriti sah daripada KPDNKK.

Pemilik kenderaan berhak mengeluarkan barang peribadi sebelum kenderaan ditarik, dan ejen dilarang bersikap seperti gangster atau menggunakan kekerasan.

Tular di media sosial sebuah video berdurasi satu minit yang memaparkan tindakan beberapa individu merosakkan kenderaan milik mereka sendiri kerana tidak berpuas hati kereta tersebut akan diambil oleh ejen penarik kereta.

Dalam kejadian yang berlaku di ruang parkir kediaman mereka, seorang wanita bertindak memecahkan cermin hadapan kereta dan menegaskan dia berhak berbuat demikian.

“Ini hasil duit owner tau, tak ada masalah kitorang rosakkan,” katanya.

Salah seorang ahli keluarganya turut membantu merosakkan kenderaan itu dengan memecahkan cermin dan mengetuk bonet depan menggunakan spanar pembuka tayar. Malah, dia sempat menunjukkan isyarat ‘thumbs up’ kepada ejen yang merakam video kejadian itu.

Dalam video yang sama, kelihatan bahagian belakang lori tersebut mengalami kemek yang teruk, dipercayai berlaku pelanggaran di antara kedua-dua pihak.

Di media sosial, netizen mengecam tindakan keluarga berkenaan kerana bertindak di luar batasan. Sedangan masalah tersebut boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu merosakkan harta benda.

‘Salah diri sendiri’

‘Bank failkan saman rosakkan kenderaan’

‘Selamat hari raya di penjara’

Total
0
Shares
Total
0
Share