Wanita pandu kereta X50, tapi minta sedekah dekat restoran? - The Reporter

Wanita pandu kereta X50, tapi minta sedekah dekat restoran?

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Amalan meminta sedekah atau mengemis semakin menjadi-jadi di negara kita. Namun, dalam Islam, amalan ini tidak digalakkan melainkan jika terdapat keperluan dan darurat. Agama Islam mengajarkan umatnya untuk berusaha mencapai cita-cita dan kejayaan, serta berinfaq dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Namun, meminta-minta bukanlah satu lesen atau pendorong kepada amalan mengemis.

Baru-baru ini, seorang TikToker yang dikenali sebagai, Mairah, mendedahkan dia terserempak dengan seorang wanita yang didakwa sedang meminta sedekah di Wangsa Maju.

Pada awalnya, Mairah menyangka wanita itu hanyalah orang biasa dan datang ke kawasan itu dengan menaiki kereta Proton X50. Namun, alangkah terkejut apabila dia mendapati wanita terbabit sedang menjalankan aktiviti meminta sedekah di sebuah restoran berhampiran.

“Naik kereta Proton X50, lagi masyuk (kaya) daripada aku. Tu haa.. nohh.. minta sedekah dekat situ (restoran) ha,” katanya.

Difahamkan, insiden itu dirakam pada Selasa, 17 September di sekitar kawasan Wangsa Maju. Mairah memaklumkan, wanita berkenaan melakukan kegiatan tidak bertanggungjawab itu kira-kira 4 jam 30 minit, sebelum beredar dan dipercayai menyambung semula aktiviti tersebut di lokasi lain.

“Pukul 2 petang tadi dia dah habis kerja. Pukul 9.30 pagi hingga 2 petang, syif dia dah habis kat Wangsa Maju ni,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, majoriti netizen berpandangan disebabkan orang seperti inilah yang membuatkan mereka berasa was-was untuk membantu.

“Sebab itu agama kata, sedekah yang paling baik untuk adik beradik, keluarga kita yang susah. Kemudian barulah tolong orang luar,” kata netizen.

“Kita kerja bagai nak rak demi bayar komitmen. Depa rilek minta sedekah, kita pula yang tolong bayarkan duit kereta dan rumah depa,” tambah netizen lain.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!