Gadis 24 tahun tular lepas beli BYD Seal RM180K dengan gaji RM2,500 sebulan | The Reporter

Gadis 24 tahun tular lepas beli BYD Seal RM180K dengan gaji RM2,500 sebulan

Kereta BYD Seal Premium milik wanita muda berusia 24 tahun yang dibeli hasil usaha sendiri
Kereta BYD Seal bernilai RM180K yang berjaya dimiliki seorang gadis berusia 24 tahun walaupun hanya bergaji RM2,500 sebulan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pada usia 24 tahun dengan pendapatan tetap hanya RM2,500 sebulan, seorang wanita berjaya membeli kereta elektrik mewah, BYD Seal Premium yang dianggarkan berharga sekitar RM180,000 — dan membayar semuanya sendiri tanpa bantuan kewangan daripada ibu bapa.

Wanita yang bekerja sebagai ahli terapi autisme ini berkongsi kisahnya di media sosial, menjelaskan bahawa dia membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM31,000 dan komited membayar ansuran bulanan lebih RM1,700 selama sembilan tahun, dengan sasaran untuk melangsaikannya dalam tempoh tujuh tahun menerusi pelan pembiayaan fleksibel.

Kereta impian dibeli hasil simpanan dan kerja sambilan

“Saya tak nak menyesal bila dah tua nanti. Saya percaya saya akan mampu beli kereta impian satu hari nanti, tapi saya pasti akan menyesal kalau tak beli sekarang,” tulisnya.

Menurutnya, dia kini tinggal bersama keluarga dan tidak perlu membayar sewa rumah, sebaliknya hanya menyumbang untuk bil dan perbelanjaan isi rumah. Selain gaji tetap, dia juga mempunyai tiga pekerjaan sambilan yang memberinya pendapatan tambahan meskipun tidak tetap.

“Saya dah kerja part time sejak zaman sekolah. Saya sangat berjimat, kadang sanggup order food delivery depan kedai semata-mata nak jimat RM2,” katanya sambil menambah, “Saya tak nak guna duit mak ayah sebab bagi saya, kalau kena minta, maksudnya saya belum mampu.”

BYD Seal jadi simbol motivasi dan dorongan diri

Kereta itu bukan sekadar simbol pencapaian peribadi, tetapi juga menjadi motivasi untuk bekerja lebih keras. Dia mengakui, melihat baki wang yang semakin berkurangan dalam akaun bank membuatkan dirinya lebih gigih mengejar peluang untuk meningkatkan pendapatan.

“Saya tahu ini bukan keputusan paling bijak bagi semua orang, tapi ini keputusan yang buat saya lebih bersemangat,” tambahnya lagi.

Meskipun belum menghantar kereta untuk servis, dia menjangka kos penyelenggaraan tidak terlalu tinggi sekitar RM200, kecuali tayar yang dianggarkan sekitar RM1,000 sebiji. Buat masa ini, dia menggunakan wall box charger di rumah dan mengecas kereta dua kali seminggu.

Related Posts