Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang wanita menyerang suaminya di sebuah klinik kesihatan kerana dipercayai berlaku curang.
Susulan penularan video berkenaan, ramai netizen mengkritik tindakan si suami, malah tidak kurang juga yang mencemuh wanita didakwa mempunyai hubungan dengan lelaki tersebut.
Bagaimanapun, dalam satu hantaran terbaharu, wanita terbabit merayu agar semua pihak berhenti menyebarkan video berkenaan. Dia turut memohon maaf dan mengakui kesilapan diri kerana bertindak mengikut emosi ketika itu.
“Saya mohon jasa baik semua supaya menghentikan penyebaran video berkenaan.
“Saya akui tindakan saya dipengaruhi emosi dan perasaan marah yang sukar saya kawal pada waktu tersebut,” katanya.

Baca juga:
- Muslimat PAS puji langkah Tamil Nadu tutup 717 premis arak
- PASTI Melaka nafi dakwaan pecat jurulatih bola jaring
- Remaja terselamat dari diculik, gigit tangan suspek sebelum lari selamatkan diri
Menurutnya, kejadian itu bukan sahaja melibatkan aib dirinya dan pasangan, malah memberi kesan kepada anak-anak serta keluarga besar mereka.
Dalam hantaran sama, wanita tersebut turut menyatakan bahawa dia sedang berusaha menyelesaikan perkara berkenaan melalui saluran yang betul.
“Saya amat berharap agar orang ramai dapat menghormati ruang peribadi saya, memberi sokongan dan mendoakan agar urusan saya dipermudahkan,” ujarnya.








