Seorang wanita di Indonesia tular apabila dia melompat gembira keluar daripada pekarangan mahkamah selepas berjaya memperoleh sijil cerai.
“Akhirnya aku bercerai, boleh cari pasangan baru. Terima kasih Ya Allah, telah mengakihiri penganiyaan ini,” katanya disusuli dengan ketawa rakannya.
Menerusi klip video yang dikongsi May Tina Momami di akaun TikTok miliknya memaparkan, dirinya berlari keluar daripada mahkamah sambil melompat gembira bersama sijil cerai di tangannya.
“Ketika bercerai adalah jalan menuju kebahagiaan,” tulisnya.
May menerusi ruangan kapsyen mengucapkan syukur kerana berjaya melepaskan diri daripada belenggu rumah tangga yang berpanjangan.
“Alhamdulillah, cerai,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendoakan kebahagiaan May dan tidak kurang juga berkongsi pengalaman serupa.
“Penderitaan dia sahaja yang tahu. Sebab itu dia gembira macam ini. Macam kawan saya, lepas cerai terus datang ‘office’ sambil tersenyum bagitahu dah cerai. Dia dah lega. Semoga bahagia,” kata Putih Putih Melati.
“Saya pun bercerai macam ni. Macam dapat apa. Perkahwinan itu kadang-kadang satu penyeksaan.
“Kita kena marah, kena bebel, kena herdik dengan suami,” kata Mustzs.
Mengulas lanjut mengenai isu ini, terdapat satu potongan klip video yang disampaikan oleh pendakwah bebas Indonesia iaitu, Oki Setiana Dewi yang menyatakan penceraian itu merupakan satu bentuk musibah.
“Kita tahu bahawa cerai itu merupakan satu musibah, tidak ada yang suka dengan penceraian,” katanya.
Memetik kata-kata seorang peguam syariah yang juga mengulas isu ini sebelumnya, menyatakan tidak perlu membuat content yang mendatangkan fitnah walaupun berasa marah sekalipun.
“Apabila berbangga dengan perkara yang Allah dan Nabi paling tak suka, tersangat lah sedih. Jika tak kuat Islam pun, jangan dipermainkan perkara yang Allah (tidak suka),” tulisnya.
Sumber: Kosmo! Online, TikTok May Tin Momami, TikTok Asiahhisam








