Seorang wanita berusia 22 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga gimnasium di Jalan Parit Haji Husein 2 (Paris 2), Daerah Tenggara Pontianak, Bandar Pontianak, Indonesia pada tengah hari Selasa, 18 Jun 2024.
Mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital berdekatan. Namun, mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Berdasarkan video yang tular di media sosial, mangsa terjatuh semasa berlari di atas treadmill, lalu hilang keseimbangan dan terjatuh tingkat bawah kerana Ketika kejadian, tingkap di belakangnya dibuka.
Pemeriksaan di lokasi kejadian juga menunjukkan treadmill tersebut menghadap ke dalam dan bukan ke arah tingkap. Selain itu, jarak antara treadmill dan tingkap hanya kira-kira 60 sentimeter.
Tidak ada balkoni atau pagar dipasang pada tingkat tiga, menyebabkan mangsa terus terjatuh ke tingkat bawah.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Daerah Pontianak, Antonius Trias Kuncorojati berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Kami masih menjalankan siasatan. Kami telah melakukan bedah siasat terhadap mangsa dan kami juga telah meminta rakaman CCTV dari tempat kejadian,” katanya.
Sumber: Tribun Pontianak








