Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sleepwalking atau gangguan berjalan dalam tidur adalah keadaan di mana seseorang bergerak atau melakukan aktiviti seperti berjalan ketika sedang tidur, biasanya tanpa sedar. Keadaan ini boleh menjadi berbahaya kerana individu yang mengalaminya berisiko cedera akibat terjatuh, melintas jalan tanpa sedar, atau terlibat dalam situasi berbahaya.
Selain itu, sleepwalking juga boleh menyebabkan tekanan emosi kepada keluarga yang bimbang akan keselamatan individu tersebut. Rawatan awal seperti menjaga rutin tidur yang baik dan mendapatkan bantuan perubatan dapat membantu mengurangkan risiko dan kekerapan gangguan ini.
Dihampiri lelaki warga asing
Baru-baru ini, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai warga asing dalam keadaan lemah dan bingung di kawasan Bukit Bintang.
Menurut pemandu e-hailing, Natnakumar, yang kebetulan berada di lokasi kejadian, wanita itu dilihat duduk berhampiran sebuah kedai selepas melintas jalan seorang diri.
Bimbang akan keselamatannya, Natnakumar membuat pusingan U dan memarkir keretanya pada jarak berdekatan untuk memerhatikan keadaan. Tidak lama kemudian, seorang lelaki warga asing mendekati wanita itu dengan tingkah laku mencurigakan, namun segera beredar setelah menyedari kehadiran kereta Natnakumar.
Natnakumar kemudian menghampiri wanita tersebut yang kelihatan terlalu lemah untuk bercakap. Apabila ditanya sama ada dia memerlukan bantuan polis, wanita itu menolak.
Tidak lama selepas itu, seorang pengawal keselamatan keluar dari premis berhampiran. Natnakumar bertanya kepadanya sama ada dia mengenali wanita tersebut, namun pengawal itu mengakui tidak mengenalinya.
Ketika mereka sedang berbincang, wanita itu tiba-tiba rebah akibat terlalu lemah untuk berdiri. Pengawal keselamatan itu enggan membantu kerana menyangka wanita tersebut mungkin dirasuk berdasarkan keadaannya yang lemah dan tingkah lakunya yang ganjil.
Bimbang keadaan bertambah buruk, Natnakumar menawarkan diri untuk membantu wanita tersebut masuk ke dalam keretanya untuk dihantar ke alamat yang diberikan.
Dalam perjalanan, Natnakumar terserempak dengan seorang lelaki warga asing yang kelihatan sedang mencari seseorang. Lelaki itu mengesahkan wanita tersebut adalah adiknya yang keluar dari rumah tanpa sedar.
Sumber: Natnakumar








