Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita berusia 20 tahun di Taiwan baru-baru ini menjalani pembedahan untuk mengeluarkan lebih kurang 300 batu kecil dari buah pinggang kanannya.
Wanita muda berkenaan yang dikenali sebagai Xiao Yu, telah dimasukkan ke hospital di bandar Tainan awal Disember ekoran mengalami kesakitan teruk di bahagian belakang bawah badannya.
Yu juga mengalami demam dan ujian darah menunjukkan bilangan sel darah putih yang luar biasa tinggi. Keputusan CT scan menunjukkan buah pinggang kanan Yu dipenuhi dengan cecair dan hampir penuh dengan batu karang.
Doktor kemudian memberi antibiotik kepada Yu dan mengeluarkan cecair dari buah pinggangnya. Seterusnya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan batu karang tersebut.
Selesai pembedahan, doktor berjaya mengeluarkan lebih dari 300 batu bersaiz antara 5mm dan 2cm. Kebanyakan batu tersebut kelihatan seperti ‘pau kukus kecil’.
Walaupun terdapat beberapa faktor yang boleh membawa kepada pembentukan batu karang, dalam kes ini pesakit didapati tidak suka minum air. Sebaliknya dia gemar minum teh manis sebagai ganti yang menyebabkan dia mengalami hidrasi kronik di mana air kencing menjadi lebih pekat dan mineral di dalamnya menjadi kristl yang membentuk batu.
Urologis di Hospital Chi Mei di Tainan menggesa orang ramai untuk minum banyak air untuk memastikan badan dapat memproses pengambilan gula, garam dan kalsium.
Sumber: Oddity Central