Vivy Yusof tersentuh, rakan hantar Beef Wellington saat berdepan dugaan - The Reporter

Vivy Yusof tersentuh, rakan hantar Beef Wellington saat berdepan dugaan

Beef Wellington Vivy Yusof
Gambar belakang sekadar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Usahawan terkenal Datin Vivy Yusof berkongsi pengalaman mencabar apabila akaun peribadi dan syarikatnya dibekukan akibat kes mahkamah yang sedang dihadapi.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, beliau meluahkan rasa terharu atas bantuan dan sokongan tidak henti-henti yang diterimanya.

“Apabila media mengumumkan bahawa akaun kami dibekukan, saya tidak dapat gambarkan betapa baiknya orang ramai terhadap kami.

“Walaupun dengan wang yang kami perolehi sendiri, kami tidak dibenarkan mengaksesnya. Segalanya disekat. Kami tidak punya apa-apa. Ramai yang risau, terutama untuk anak-anak kami, menghantar ratusan mesej kepada saya,” tulis Vivy.

Menurut beliau, sokongan yang diterima meliputi makanan daripada rakan-rakan, baucar Grab Food, dan pelbagai bentuk sumbangan lain.

“Kami dapat makanan daripada rakan-rakan dan pengikut, dapat baucar makanan Grab dan rezeki tidak putus-putus,” katanya.

Malah, lebih mengharukan, pada malam menjelang tahun baharu 2025, Vivy menerima hidangan kegemaran keluarganya, iaitu beef wellington, sebagai tanda sokongan daripada rakan terdekat.

Vivy turut menyatakan bahawa dugaan ini memberi peluang untuk dirinya menghargai nilai persahabatan dan kasih sayang orang sekeliling.

Sumber: Instagram Vivy Yusof

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!