Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Wujud satu trend di kalangan anak muda di China untuk menghilangkan stres, iaitu dengan mengunjungi ladang atau pasar ternakan untuk menyentuh punggung biri-biri.
Trend unik itu dikatakan bermula sejak bulan Jun lalu, di pasar Xinjiang, yang dipenuhi dengan pengunjung yang mahu melakukan trend tersebut.
Para pengunjung yang datang ke tempat itu seringkali terdengar tepukan dan gelak ketawa, sekali gus menimbulkan suasana yang riang dan penuh kegembiraan.
Banyak hebahan di media sosial yang menyarankan orang ramai berkunjung ke pasar tersebut untuk merasai sendiri pengalaman unik menyentuh punggung biri-biri.
Kenyal dan lembut
Menurut seorang individu yang berkongsi pengalamannya di Weibo berkata, tekstur punggung biri-biri kenyal dan lembut. Malah dia mendakwa aktiviti itu sangat berkesan untuk menghilangkan stres. Memberi rasa ketenangan yang sangat luar biasa.
Trend ini dilaporkan telah menarik perhatian orang ramai sama ada penduduk tempatan atau luar. Fenomena ini dilihat sebagai salah satu cara masyarakat moden meredakan tekanan yang dihadapi seharian.
Mereka berpendapat aktiviti yang melibatkan sentuhan fizikal dengan haiwan mampu memberikan kesan terapi yang signifikan.
Jana pendapatan ekonomi tempatan
Pasar-pasar ternak di Xinjiang kini semakin didatangi pengunjung dalam dan luar negara yang berkeinginan untuk mencuba trend tersebut.
Peniaga di pasar tersebut menyambut baik perkara itu kerana ia memberi impak positif kepada ekonomi tempatan.
Walaupun kedengaran pelik, trend mengusap punggung biri-biri ini menunjukkan bagaimana masyarakat mencari cara baru dan kreatif untuk meredakan stres.
Sumber: South China Morning Post








