Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Viral di media sosial video seorang lelaki OKU dibelasah bertubi-tubi oleh sekumpulan lelaki muda tanpa belas kasihan.
Dalam kejadian yang tidak dinyatakan lokasi dan puncanya itu dipercayai berlaku di negeri pantai timur berdasarkan percakapan orang awam dalam video tersebut.
Lelaki itu disepak, ditendang tanpa belas kasihan sebelum dileraikan oleh kampung yang menyaksi kejadian itu.
Menurut seorang netizen bernama Budiman Mohamed, lelaki OKU itu didakwa telah melanggar seorang warga emas secara sengaja, malah cuba menetak mangsa dengan parang.











