Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Cadangan pengurangan gaji menteri bukan keutamaan ketika ini, namun tetap dalam pertimbangan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa langkah tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya keadaan ekonomi negara semakin mencabar, khususnya susulan ketegangan di Asia Barat yang memberi kesan global.
Namun buat masa ini ujarnya, fokus utama kerajaan adalah jelas iaitu memastikan barisan pentadbiran berkhidmat sebaik mungkin.
“Walau bagaimanapun, tak ada penghalangan kalau keadaan ekonomi ini lebih runcing, jadi kita boleh fikirkan,” katanya.
Baca juga:
- ‘Kabinet kecam keras kenyataan didakwa hina sahabat Nabi’ – Fahmi
- RTM tamatkan siaran di Astro mulai 1 Julai ini
- Pelajar lelaki Tingkatan Satu meninggal dunia di asrama
Menurut beliau, kadar gaji menteri di Malaysia ketika ini sebenarnya relatif rendah. Malah, beliau sendiri menegaskan tidak mengambil gaji, tetapi berpendapat imbuhan yang diterima anggota pentadbiran masih munasabah selagi mereka menjalankan tugas dengan baik.
Dalam perkembangan berkaitan, langkah pemotongan gaji pemimpin turut menjadi perhatian di Indonesia, yang kini sedang meneliti cadangan tersebut sebagai sebahagian usaha mengetatkan fiskal negara.
Sumber: Buletin TV3








