Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kira-kira 30 buah kenderaan dilaporakan tersadai berhampiran Kilometer 7, lebuhraya Sungai Besi, Serdang sejak jam 7 pagi tadi, lapor Harian Metro.
Sementara itu, pihak Petronas Dagangan Berhad (PDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas dengan kejadian itu.
PDB berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu dan telah menghubungi pelanggan yang terjejas serta akan memberikan pampasan.
Ekoran kejadian itu juga, Stesen Petronas Solaris Besraya juga ditutup buat sementara waktu dan PDB akan bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.
“Perkara ini berlaku disebabkan oleh kecuaian pengendalian produk di stesen tersebut sahaja. Stesen Petronas Solaris Besraya telah ditutup buat masa ini sementara siasatan sedang dijalankan.
“Kami ingin mengesahkan bahawa stesen-stesen Petronas lain tidak terlibat,” kata kenyataan itu.
Sumber: Harian Metro, Petronas Brands













