Ustazah Asma' tegur anak usahawan terkenal berpakaian mencolok mata | The Reporter

Ustazah Asma’ tegur anak usahawan terkenal berpakaian mencolok mata

Ustazah Asma' Harun
Sumber Gambar: FB Ustazah Asma’ Harun

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kecewa dan malu dengan tindakan anak usahawan terkenal yang berpakaian mencolok mata di bulan Ramadan.

Jelasnya, apa yang lebih memalukan apabila membaca komen yang ditinggalkan oleh saudara bukan Islam mengenai pemakaian mereka sekeluarga.

“Saya rasa sangat malu bila membaca komen teguran daripada saudara bukan Islam kepada keluarga ini, kerana terlalu melampau dan hilang rasa malu yang asas sebagai manusia normal.

“Jujurnya, saya sering mendoakan keluarga ini, kerana tiap kali melintas video viral mereka yang menjadi kecaman masyarakat, hati terus berdoa sekurangnya mereka ada rasa bersalah atau malu. Doa kerana tak sanggup lagi melihat imej Islam terus dipandang serong, terutama pada Non Muslim,” katanya.

Hormati bulan Ramadan

Menerusi hantaran di Facebook itu, Ustazah Asma’ berkata, sangkaan beliau, mereka akan berpakaian lebih sopan di bulan Ramadan, namun tanpa segan silu pula ditayangkan secara terbuka dengan berpakaian mencolok mata.

“Saya mengharap dan membayangkan mereka akan berpakaian dan berkelakuan lebih sopan di Bulan Ramadhan yang Mulia, jika di bulan lain tak boleh hormat hukum Allah, maka mungkin bulan Ramadhan mereka ada ‘rasa’ itu.

“Rupanya tidak, tanpa segan silu, sama seperti si Ibu, anak pula dipuji berpakaian nampak pusat, sendat singkat ketat. Ditunjukkan secara terbuka, seolah bangga, walaupun semua komen adalah negatif, mereka tambah aktif.

“Sebagaimana Bulan ini pahala berganda, begitu dosa juga bertambah berat ; ‘Ali bin Abi Talhah meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a., bahawa dosa yang dilakukan dalam bulan haram (mulia) lebih besar, sebagaimana amal kebaikan,” katanya.

Bukan membuka aib

Dalam pada itu beliau menegaskan, teguran dan kenyataan ini bukan membuka aib tetapi dalam usaha mencegahnya dengan cara masing-masing, sehingga kemungkaran seperti ini berhenti.

“Wajib bagi kita mencegahnya dengan cara masing-masing, sehingga kemungkaran seperti ini berhenti. Ini bukan menghina atau memalukan. Pelakuan mereka telah menghina diri sendiri, menghina agama dan menghina bulan yang mulia.

“Ini bukan soal rasa kita lebih baik, tapi kerana rasa diri tidak baik, lalu nak kita sama-sama jadi baik,” katanya.

Related Posts