Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pengguna X mencetuskan kecoh apabila mendakwa Ustazah Asma’ Harun, yang sebelum ini aktif menyeru orang ramai menyokong boikot terhadap produk berkaitan kekejaman Zionis, kini dikatakan berkolaborasi dengan sebuah jenama makanan segera antarabangsa.
Dakwaan tersebut disertakan dengan poster program Ramadan yang menampilkan wajah beliau, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi serta kecaman dari netizen.
Bagaimanapun, Ustazah Asma’ tampil memberi penjelasan dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Menurutnya, gambar yang tular telah disunting dan kenyataan yang dikaitkan dengannya adalah palsu.
- Pensyarah UIAM dakwa Rom belajar bina kapal dari Melayu berpaksikan sumber Arab klasik
- Warden MRSM Serting maut kemalangan ketika pulang dari bertugas
- Suspek rempuh polis ditahan kurang 24 jam, rupanya ada 20 rekod jenayah
- ‘Berani mereka kata nak ambil alih Pulau Pinang?’ – Teresa Kok
- ‘Orang ingat kerja di Singapura senang & kaya…’ – Pekerja Malaysia luah tekanan bila Ringgit makin kuat
“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa. Semua tulisan di hantaran itu adalah rekaan dan penipuan,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.
Tambahnya, beliau hanya memenuhi undangan memberi ceramah Ramadan di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13, Shah Alam yang dibuat oleh pihak penganjur berkenaan, sebagaimana jemputan ceramah di masjid-masjid lain.
Difahamkan, pihak penaja program turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf sebelum sesi ceramah bermula dan memuat naik aktiviti tersebut ke laman rasmi mereka. Namun, menurut Ustazah Asma’, beliau tidak terlibat langsung dalam sebarang bentuk kerjasama bersama jenama itu.
Beliau turut memohon agar hantaran-hantaran fitnah yang tular diturunkan serta menyeru agar umat Islam menjaga lisan terutama dalam 10 malam terakhir Ramadan yang mulia ini.
“Cukuplah kenyataan ini diterima tanpa memaksa saya dengan soalan susulan atau sangkaan baru. Saya boleh terima jika dihina, tetapi saya kasihan kepada sesama Muslim yang terjebak menyebar kata-kata keji,” katanya.








