Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Susulan isu berkenaan jemputan penceramah warga asing yang mengundang kontroversi, Universi Malaya (UM) memohon maaf.
Dalam satu kenyataan, UM mengambil maklum saranan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi dan telah mengambil tindakan serta merta membatalkan sebarang program dan aktiviti yang dihadiri penceramah berkenaan.

“UM berasa kesal dengan kenyataan kontroversi serta tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di laman media sosial.
“Laporan lengkap berhubung isu ini sedang disediakan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dengan isu ini,” tulis kenyataan itu.
Pihak UM juga mengambil langkah menambah baik prosedur dan garis panduan yang lebih ketat terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu.
“UM turut memandang serius perkara ini dan memohon maaf kepada semua pihak. Demi memastikan perkara seperti ini tidak berulang.
“UM juga sedang menambah baik prosedur dan garis panduan yang lebih ketat terutamanya semakan latar belakang mana-mana individu atau pihak yang akan bekerjasama termasuklah kajian penilaian risiko profil media sosial.
Dalam pada itu, pihak UM turut mengecam kenyataan terbaharu individu tersebut berkenaan aspek keselamatan mengembara ke Malaysia.
“Ini merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab dan melampau yang mencetuskan kemarahan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Sumber: Universiti Malaya