'Tulisan jawi medium komunikasi seluruh lapisan masyarakat sejak zaman dahulu' | The Reporter

‘Tulisan jawi medium komunikasi seluruh lapisan masyarakat sejak zaman dahulu’

Sumber Gambar: Tangkap Layar video Cikgu Lorenica Frenila Masundim

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Video seorang guru yang beragama Kristian di sebuah sekolah di Beluran, Sabah tular apabila merakamkan beliau mengajar tulisan jawi di sekolah.

Hantaran video berkenaan juga telah menarik perhatian bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Rata-rata netizen memuji guru berkenaan yang tidak kekok mengajar Bahasa jawi kepada pelajarnya.

“Saya jarang-jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula.

“Bagi yang belum tahu, mulai Tahun 2020 tulisan jawi ada dalam subjek BM Tahun 4 kemudian diteruskan sampai tahun 6 bertujuan memperkaya murid dari aspek seni, warisan dan sejarah Melayu

“Sebagai rakyat Malaysia kita mesti tau sikit2 juga tulisan bersejarah ini,” kongsinya di Facebook Loren Fren.

Memetik laporan dari Sinar Harian, Lorenica Frenila Masundim video yang dimuat naik sedikit sebanyak dapat membuka minda dan memperbetulkan pemahaman masyarakat tentang tulisan jawi.

Katanya, dia berpegang fakta dan sejarah yang membuktikan bahawa tulisan jawi merupakan tulisan yang diubah suai khas untuk menulis Bahasa Melayu dan boleh dipelajari oleh semua lapisan masyarakat.

“Tulisan jawi sama seperti tulisan lain yang wujud di dunia ini contohnya tulisan Korea, China, Thailand dan sebagainya,” katanya.

Related Posts