Tular video wanita terjatuh dari tingkat 23, pemandu lori ditahan - The Reporter

Tular video wanita terjatuh dari tingkat 23, pemandu lori ditahan

Sumber gambar: Orang Awam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang disyaki terbabit dalam kes seorang wanita maut terjatuh dari kediaman di Trefoil, Setia Alam, malam tadi.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori sebelum itu dikatakan bergaduh dengan kekasihnya yang berasal dari Thailand, berusia 32 tahun.

Menerusi video yang tular di media sosial, mangsa dilihat terjatuh dari tingkat 23 bangunan pangsapuri kira-kira jam 10 malam.

Susulan kejadian itu, suspek telah ditahan pada jam 10.10 malam di lokasi.

Siasatan lanjut mendapati, suspek positif dadah dan mempunyai tujuh rekod jenayah.

Suspek akan direman pada pagi ini untuk siasatan lanjut di bawah Sesyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, tular video penampakan seorang wanita terjatuh dari kediamannya yang sempat dirakam oleh jiran berdekatan.

Sumber: X Mohd Redzuan Abdul Manap

Total
0
Shares
Total
0
Share