Tular video lelaki dakwa mahu keluar Islam kerana tak tahan diuji sejak kecil? | The Reporter

Tular video lelaki dakwa mahu keluar Islam kerana tak tahan diuji sejak kecil?

lelaki dakwa mahu keluar Islam
Lelaki dakwa mahu keluar dari agama Islam kerana tidak tahu diuji sejak dari kecil

Baru-baru ini tular video seorang lelaki bernama Hesyam yang menegaskan dia berhasrat untuk keluar daripada agama Islam.

Dalam siaran langsung menerusi aplikasi TikTok yang disaksikan lebih dari 300 pengguna, Hesyam kerap mengulangi dirinya mahu keluar daripada agama Islam atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Memang niat nak keluar?
https://twitter.com/ricxxxkiddo/status/1879696634155802882

“Aku Islam kan, aku nak keluar daripada Islam. Aku bukan Islam dah, aku nak keluar daripada Islam. Aku tak ada agama.

“Daripada kecil sampai ke besar, hidup aku macam ni, Allah uji aku. Itu bukan uji tau. Korang recordlah (video), tak ada hal punya.

“Korang tengok muka aku selalu senyum-senyum, tapi sebenarnya nak sedapkan hati korang, nak happykan korang.

“Aku nak keluar daripada Islam, muktamad. Memang aku ada niat nak keluar daripada Islam. Tak kisahlah kalau lepas ini aku meninggal ke, mati ke apa, aku masuk neraka ke apa, tak kisah. Daripada aku ikut mak aku ni ni ni.. tak payah. Aku cakap sekali lagi eh, aku keluar daripada Islam.

“Selepas ini jangan tanya dah aku agama apa. Aku tak ada agama, itu je. Aku dah puas menangis disebab benda yang sama,” katanya.

Plot twist?
https://twitter.com/ricxxxkiddo/status/1879738386786943408

Bagaimanapun dalam perkongsian video kedua pula, Hesyam menafikan dirinya mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Nak keluar Islam mende, bila masa aku keluar daripada Islam? Tak ada keluar-keluar Islam lah. Bodoh ah.. keluar Islam, keluar Islam, bila masa aku keluar Islam.

“Kau tengok live aku masa tu pun dah tahu aku tak normal kan? Aku dengan tak tidur dua hari, aku… mabuknya, memang kelaut la aku. Tengok muka aku, bingai betul,” ujarnya.

Reaksi netizen

‘Jangan kecam, tapi tolonglah dia’

‘Dia dari broken family’

‘Masih belum terlambat’

Related Posts