Tular video guru lakukan hubungan terlarang dengan pelajar, cetus kemarahan warganet - The Reporter

Tular video guru lakukan hubungan terlarang dengan pelajar, cetus kemarahan warganet

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Sebuah video yang menunjukkan seorang guru lelaki bersama pelajar perempuan sedang melakukan aksi terlarang di sebuah madrasah di Gorontalo, Indonesia sedang tular di media sosial.

Polis telah mengambil maklum mengenai video tular tersebut yang berlaku di Madrasah Aliyah dan kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu-individu yang terlibat.

Pada awal permulaan video, kelihatan seorang pelajar perempuan meletakkan kamera tersebut di bahagian tersembunyi yang dipercayai untuk merakam perbuatan tidak senonoh guru berkenaan.

Tidak beberapa lama kemudian, guru lelaki itu datang membawa seorang pelajar perempuan yang masih memakai pakaian seragam ke dalam bilik tersebut. Mereka kemudian melakukan aksi-aksi terlarang itu tanpa menyedari perbuatan mereka dirakam oleh alat peranti itu.

Susulan penularan video itu, polis telah menerima laporan daripada pihak keluarga pelajar terbabit yang mahu tindakan diambil terhadap pelaku yang melakukan pemerkosaan terhadap pelajar bawah umur.

Sementara itu, pihak madrasah telah mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian memalukan itu. Namun, ketika melakukan siasatan dalaman, guru dan pelajar terbabit enggan mengaku.

Kesal dengan apa yang berlaku, guru tersebut telah digantung tugas sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Kami tidak akan membiarkan kejadian ini mengganggu pembelajaran pelajar. Keselamatan dan keamanan para pelajar adalah keutamaan kami,” tegasnya. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!