Tukang masak wanita maut ditikam selepas pelanggan dakwa makanan tak sedap | The Reporter

Tukang masak wanita maut ditikam selepas pelanggan dakwa makanan tak sedap

Polis menahan tiga suspek dalam insiden tukang masak wanita maut ditikam.
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu kejadian pertengkaran di sebuah restoran masakan ala Thai di Lorong Bukit Juru, Seberang Prai bertukar tragedi apabila seorang tukang masak wanita warga Myanmar maut ditikam pelanggan yang tidak berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan, malam tadi.

Dalam insiden kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan.

Suami mangsa, yang juga warga Myanmar berusia lewat 40-an, cedera pada bahagian badan, manakala seorang lagi lelaki dipercayai rakan kepada suspek turut mengalami kecederaan akibat ditikam.

Berang dakwa makanan tidak sedap

Siasatan awal mendapati suspek bersama beberapa rakannya tiba di restoran sekitar jam 8.30 malam dalam keadaan dipercayai mabuk. Mereka didakwa tidak berpuas hati dengan rasa makanan yang disajikan, sebelum berlaku pertengkaran antara kumpulan lelaki itu dengan mangsa serta suaminya.

Mangsa kemudian menghalau mereka beredar dari premis berkenaan.

Baca juga:
Mayat mangsa dibawa keluar dari restoran berkenaan. Gambar: Berita Harian
Suspek kembali dengan abang, tikam mangsa

Memetik laporan Berita Harian, salah seorang daripada lelaki berkenaan dikatakan menghubungi abangnya sebelum kembali semula ke restoran dan menikam mangsa menggunakan sebilah pisau sehingga maut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat. Dua lagi mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Susulan itu, polis menahan tiga suspek termasuk dua beradik di kawasan berhampiran lokasi kejadian tidak lama selepas itu.

Related Posts